Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PAS, UMNO perlu henti serangan sesama sendiri

Anggap PRN Johor 'pertandingan adik-beradik' tanpa perlu musuh

BANGI, 21 Rejab 1443H, Rabu – Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegur pemimpin PAS dan UMNO supaya menghentikan serangan sesama sendiri terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Beliau mengingatkan semula pemimpin kedua-dua parti bahawa musuh sebenar mereka adalah Pakatan Harapan (PH).

Meskipun tidak dapat mengelakkan pertembungan tiga penjuru, Hashim berkata, kedua-dua parti perlu menghentikan serangan sesama sendiri.

“Nampaknya pertembungan tiga penjuru tak dapat dielakkan. Saya seru kedua-dua pihak iaitu PAS dan UMNO henti serangan antara dua parti.

“Fikir panjang, kita ke hadapan, kita perlu berpadu. Kalau ada sedikit terluka, lupakan,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Pada masa sama, beliau masih mengharapkan supaya Muafakat Nasional (MN) dapat dipertahankan demi kepentingan ummah.

Hashim berkata, pemimpin PAS dan UMNO perlu menganggap PRN Johor seperti ‘pertandingan adik-beradik’ yang tidak perlu membawa kepada permusuhan.

28 Januari lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menganggap tindakan UMNO yang seolah-olah mengetepikan parti tersebut umpama itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

Perkara itu dibidas kembali Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyarankan Abdul Hadi menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button