Berita UtamaDunia

Pengganas Israel halang anak-anak Palestin ke sekolah

Sesi persekolahan terganggu selama 3 hari berturut-turut

NABLUS, 21 Rejab 1443H, Rabu – Sesi persekolahan di perkampungan al-Shaqiya al-Lubnan, selatan Tebing Barat terganggu selama tiga hari berturut-turut ekoran tindakan tentera pengganas Israel menyekat laluan ke sekolah berkenaan.

Tindakan rejim itu menyebabkan pelajar tidak dapat melalui kawasan berkenaan yang menjadi laluan utama ke sekolah.

Menurut agensi berita WAFA, pasukan tentera menyekat laluan bersama pendatang haram Israel yang berhimpun beramai-ramai di jalan utama berhampiran sekolah di Ramallah-Nablus.

Malah, tentera rejim turut mengugut dan mengancam pelajar supaya tidak ke sekolah.

Keadaan itu menyebabkan ibu bapa pelajar campur tangan dan mendesak tentera Israel meninggalkan kawasan bagi mengelakkan pertempuran dengan penduduk Palestin kerana menghalang anak-anak mereka bersekolah.

Desakan itu bagaimanapun tidak dihiraukan pasukan rejim, bahkan terus bertegas dan bertindak kejam menyekat pelajar untuk ke sekolah.

Tindakan Israel itu mengakibatkan anak-anak Palestin takut dan murung kerana tidak boleh bersekolah sejak tiga hari lalu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button