Berita UtamaDunia

90 terbunuh, puluhan cedera serangan udara Russia terhadap Ukraine

Russia dakwa serangan tak timbulkan ancaman pada orang awam

KIEV, 22 Rejab 1443H, Khamis – Sekurang-kurangnya 40 orang awam terbunuh dan puluhan lagi cedera di Ukraine akibat serangan tembakan Russia, lapor Reuters.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Russia pula berkata, serangan udaranya ke atas Ukraine tidak menyasarkan bandar dan tak menimbulkan ancaman kepada orang awam.

Awal hari ini, Kiev berkata, sekurang-kurangnya lima pesawat Russia dan satu helikopter ditembak jatuh. Tindak balas Kiev juga didakwa mengorbankan 50 tentera Russia.

“Pada 24 Februari, lima pesawat dan sebuah helikopter penceroboh ditembak jatuh berhampiran kawasan Angkatan Bersama,” kata Komando Angkatan Bersama Ukraine di Facebook.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Russia menafikan pesawat atau kenderaan berperisainya telah musnah di Ukraine.  

Kementerian itu berkata, ia telah meneutralkan pangkalan udara tentera Ukraine dan sistem pertahanan udaranya.

“Infrastruktur ketenteraan di pangkalan udara tentera Ukraine telah tidak berfungsi,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan disiarkan oleh agensi berita, yang menambah bahawa sistem pertahanan udara Kiev ‘dihapuskan’.

Tentera darat Russia pada hari ini menyeberang ke Ukraine dari beberapa arah – Chernigiv, Sumy, Luhansk dan Kharkiv – kata pengawal sempadan Ukraine, beberapa jam selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan pelancaran serangan besar.

Kereta kebal Russia dan peralatan berat lain melintasi sempadan di beberapa wilayah utara, serta dari semenanjung Crimea yang diilhakkan Kremlin di selatan, kata agensi itu.

Ia berkata, salah seorang anggota tenteranya maut dalam serangan tembakan di sepanjang sempadan Crimea, kematian tentera pertama yang disahkan secara rasmi dalam pencerobohan Russia.

Ukraine mengalami banyak korban dalam konflik lapan tahunnya dengan pemberontak yang disokong Russia di wilayah timur pemisah, tetapi telah melaporkan tiada kematian di sepanjang sempadan selatannya dengan Crimea selama beberapa tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button