Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Dunia perlu nyata pendirian tindakan Rusia iktiraf kemerdekaan 2 wilayah Ukraine

Ukraine mengutuk keputusan Rusia mengikraf ‘kemerdekaan’ itu

KUALA LUMPUR, 22 Rejab 1443H, Khamis – Masyarakat antarabangsa mesti mengambil pendirian terhadap tindakan Rusia mengiktiraf dua wilayah Ukraine iaitu Luhansk dan Donetsk.

Kedutaan Ukraine di Malaysia menerusi kenyataannya kepada Bernama menyatakan, perkara ini bukan lagi sekadar isu Ukraine atau Rusia tetapi menegaskan ia sekarang berkisar kepada dua perkara: undang-undang antarabangsa atau ‘lawlessness’.

“Ukraine mengutuk keputusan Persekutuan Rusia mengikraf ‘kemerdekaan’ separa entiti yang diwujudkannya di wilayah Ukraine yang didudukinya semetara, dikenali sebagai ‘Republik Rakyat Luhansk’ dan ‘Republik Rakyat Donetsk’,” menurut kenyataan itu.

“Dunia dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres amat jelas (mengenai perkara ini).

“Rusia terang-terangan menafikan norma dan prinsip asas undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB dengan mencabuli kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.

“Tentera Rusia di Ukraine bukan anggota pengaman, mereka adalah penjajah,” menurut kenyataan itu.

Pada lewat Isnin, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan pengiktirafan Luhansk dan Donetsk, dua wilayah di Ukraine.

Selepas itu, beliau mengarahkan penghantaran tentera Rusia untuk ‘memastikan keamanan’ di wilayah berkenaan.

Pengumuman itu mencetuskan kecaman antarabangsa, dengan negara Barat mula mengenakan beberapa sekatan lebih ketat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button