Pendapat

Hadiah buat yang diuji banjir besar 2021

Yayasan Ikhlas dan Yayasan Hasanah salur bantuan merangkumi 122 penerima

WALAUPUN sudah hampir dua bulan sudah berlalu kejadian bah besar yang melanda hampir seluruh negara. Namun, pastinya kejadian itu akan terus berada dalam ingatan mangsa-mangsa banjir disember 2021 yang lalu.

Taman Sri Nanding dan Kampung Jawa, Hulu Langat adalah antara tempat yang teruk dilanda banjir besar pada Disember 2021 yang lalu.

Mereka yang tidak pernah menyangka banjir akan melanda di tempat itu disebabkan oleh kejadian itu tidak pernah berlaku di kawasan mereka sebelum ini.

Banjir yang berlaku itu juga turut memusnahkan harta benda kerana kawasan tersebut ditenggelami sepenuhnya hingga ke bumbung rumah.

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Yayasan Hasanah hadir bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan pasca banjir yang berupa 126 set makanan, 126 set memasak, dua unit peti sejuk dan juga dua unit mesin basuh kepada mangsa banjir di dua buah kawasan itu.\

Sumbangan ini merangkumi 122 orang penerima yang terdiri daripada 66 orang penduduk di Kampung Jawa dan 60 orang penduduk di Kampung Sri Nanding.

Alhamdulillah, penduduk di sini sudah mula membina kehidupan baru selepas banjir yang melanda. Semoga dengan bantuan ini, serba sedikit dapat meringankan beban mereka dan mengukir senyuman untuk kehidupan yang lebih baik.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button