Dunia

Rusia tutup ruang udara di sempadan Ukraine, Belarus

Rusia didakwa guna 'senjata canggih' lumpuhkan Ukraine

MOSCOW, 22 Rejab 1443H, Khamis – Rusia pada Khamis mengumumkan penutupan ruang udaranya kepada penerbangan awam di sempadan Ukraine dan Belarus.

Satu notis telah dikeluarkan selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, lapor Agensi Anadolu.

Menurut notis itu: “Penggunaan ruang udara di sempadan Rusia dengan Ukraine dan Belarus ditutup sementara waktu kepada pesawat awam atas faktor keselamatan berikutan penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan.”

Kementerian Pertahanan Rusia didakwa menggunakan “senjata canggih” untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara, lapangan terbang tentera, dan angkatan tentera udara di Ukraine.

Menurut laporan itu, Rusia turut didakwa telah melancarkan pencerobohan berskala besar ke atas Ukraine dan menyasarkan kawasan utama di bandar raya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button