Berita Utama

Shahruddin antara 42 calon Pejuang di PRN Johor

Ahli Parlimen Sri Gading itu akan bertanding di DUN Machap

MUAR, 22 Rejab 1443H, Khamis – Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh diumumkan antara 42 calon yang akan mewakili parti tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Ahli Parlimen Sri Gading itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap yang dijangka menyaksikan persaingan lima penjuru.

Pada majlis pengumuman calon Pejuang di sini, Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata hanya dua calon Pejuang yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini, manakala yang lain adalah muka baharu.

Antara muka baharu yang diumumkan sebagai calon hari ini ialah Nornekman Osman, anak bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia pada 21 Dis lepas.

Beliau akan bertanding di DUN Kempas yang pernah disandang oleh bapanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button