Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

UAE kenal pasti individu, entiti danai Houthi

Mereka terbabit dikenakan hukuman termasuk dibekukan aset

LONDON, 22 Rejab 1443H, Khamis – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenal pasti individu dan entiti yang dipercayai mendanai gerakan pemberontak Houthi di Yaman, lapor Emirates News Agency (WAM).

Individu dan entiti terbabit adalah Al Alamiyah Express Company for Exchange & Remittance; Al-Hadha Exchange Company dan Moaz Abdulla Dael For Import and Export.

Turut tersenarai Vessel: Three – Type: Bulk Carrier – IMO (9109550) serta Peridot Shipping & Trading LLC.

“Syarikat dan individu yang disenarai mempunyai hubungan menyokong pemberontak Houthi yang menggunakan dana berkenaan untuk menyerang infrastruktur dan orang awam.

“Kesemua pihak berkuasa diarah untuk memantau dan mengenal pasti individu atau entiti yang mempunyai hubungan dengan mereka yang tersenarai.

“Tindakan bersesuaian perlu diambil mengikut peruntukan perundangan termasuk membekukan kesemua aset kewangan dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam,” lapor WAM.

Pada Januari lalu, pemberontak Houthi menyerang UAE dengan menggunakan tiga peluru berpandu dan drone, dengan kesemuanya menyasarkan kawasan awam serta infrastruktur.

Serangan yang membangkitkan kemarahan UAE itu telah mengakibatkan tiga orang awam meninggal dunia.

Semalam, Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan sekatan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam mendanai pergerakan pemberontak berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button