Berita UtamaDunia

Ukraine dakwa tembak jatuh pesawat Russia

Lebih 130 maut, 300 cedera pada hari pertama pertempuran

MOSCOW, 23 Rejab 1443H, Jumaat – Tentera Ukraine mendakwa menembak jatuh pesawat musuh di Kyiv pada awal pagi Jumaat – yang kemudian merempuh bangunan kediaman dan membakarnya – kata penasihat kepada Menteri Dalam Negeri, Anton Herashchenko.

Herashchenko menulis di Telegram memaklumkan bahawa bangunan kediaman sembilan tingkat terbakar.

Tidak jelas sama ada pesawat itu dikemudikan oleh juruterbang atau sebaliknya.

Beberapa siri letupan kedengaran di Kyiv sebelum ini yang dikatakan sebagai bunyi pertahanan udara yang melepaskan tembakan ke arah pesawat.

Russia melancarkan pencerobohan melalui darat, udara dan laut pada Khamis berikutan pengisytiharan perang oleh Presiden Vladimir Putin.

Kira-kira 100,000 orang telah melarikan diri ketika letupan dan tembakan menggegarkan bandar utama Ukraine dengan lebih 130 orang dilaporkan terbunuh pada hari pertama pertempuran.

Insiden itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 300 yang lain cedera.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah berikrar untuk tinggal di Kyiv ketika tentera Russia mara ke ibu negara dalam serangan terbesar ke atas sebuah negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Washington dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang lain telah menyekat Russia dan menghantar bantuan ketenteraan ke Ukraine.

Bagaimanapun tidak ada langkah menghantar tentera untuk berperang bersama tentera Ukraine dipercayai bimbang mencetuskan konflik Eropah yang lebih meluas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button