Berita UtamaDunia

Ukraine sedia berunding dengan Russia berhubung status neutral

Kesediaan berdialog sebahagian usaha capai keamanan

KIEV, 23 Rejab 1443H, Jumaat – Atas dasar mahukan keamanan, Ukraine bersedia berunding dengan Russia termasuk mengenai status neutral berhubung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak.

“Jika rundingan boleh, ia wajar diadakan. Jika di Moscow mereka mengatakan mahu mengadakan rundingan termasuk berstatus neutral, kami tidak gentar dengan perkara ini.

“Kami boleh bercakap mengenai itu juga.

“Kesediaan kami untuk berdialog adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mencapai keamanan,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada Reuters.

Ukraine pada masa ini bukan sebahagian daripada NATO atau Kesatuan Eropah (EU).

Negara itu melepaskan senjata nuklearnya – selepas mendapat kemerdekaan atas perpecahan Kesatuan Soviet – sebagai pertukaran untuk jaminan keselamatan daripada negara-negara Eropah.

Selepas protes prodemokrasi menggulingkan Presiden Ukraine yang bersekutu dengan Russia pada 2014, Moscow mengilhakkan semenanjung Laut Hitam di Crimea dari Kiev dan terus menyokong pemberontak yang memerangi tentera kerajaan di timur negara itu.

Tujuh tahun kemudian, Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis menyerang Ukraine dari udara, laut dan darat, bahkan tenteranya mara ke ibu kota Kiev hari ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button