Berita UtamaDunia

2 tahanan Palestin dibebas selepas lebih 100 hari mogok lapar

Mahkamah Israel lanjut tempoh tahanan konon ikut bukti rahsia

HEBRON, 23 Rejab 1443H, Jumaat – Dua rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran, akhirnya dibebaskan semalam, lapor agensi berita WAFA.

Anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Hisham Abu Hawwash, 40, dari bandar Dura, selatan Tebing Barat telah melancarkan mogok lapar selama 141 hari.

Manakala, Mikdad Qawasmi, 24, dari Hebron turut dibebaskan daripada Penjara Naqab selepas 113 hari menjalani mogok sama.

Bagaimanapun, Mikdad ditahan semula oleh pasukan pengganas Israel beberapa jam selepas dibebaskan dan dibenar pulang ke rumah.

Terdahulu, kedua-dua bekas tahanan Palestin itu kembali ke kampung dan disambut meriah ahli keluarga serta rakan.

Sebelum ini, peguam Hawash, Jawad Bulos berkata, anak guamnya bersetuju menamatkan mogok lapar selepas kerajaan zalim Israel membebaskannya pada 26 Februari depan.

Bagaimanapun kedua-dua dibebaskan lebih awal iaitu dua hari seperti yang dijanjikan.

Tahanan Pentadbiran Palestin di penjara Israel terpaksa menjalani mogok lapar sebagai membantah penahanan mereka dalam jangka masa yang lama berikutan ‘dikurung’ tanpa dibicara atau melalui pendakwaan.

Sehingga kini, kira-kira 500 tahanan pentadbiran Palestin telah memboikot mahkamah Israel kira-kira tiga bulan lalu sebagai bantahan di atas kegagalan sistemnya memberikan perbicaraan secara adil, selain memanjangkan tempoh tahanan berdasarkan bukti yang kononnya rahsia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button