Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

COVID-19: Penggunaan katil ICU di 7 negeri cecah 50 peratus

196 pesakit kini guna alat bantuan pernafasan

BANGI, 24 Rejab 1443H, Sabtu – Penggunaan katil untuk kes-kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di tujuh negeri kini telah mencecah 50 peratus.

Pengunaan katil berkenaan membabitkan Kelantan (92 peratus), Johor (61 peratus), Perlis (55 peratus), Perak (53 peratus), Kuala Lumpur (50 peratus), Putrajaya (50 peratus), dan Melaka (50 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk katil bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) di 12 negeri juga menunjukkan penggunaan lebih 50 peratus.

“Selangor (107 peratus) diikuti Kelantan (97 peratus), Putrajaya (93 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus).

“Perak (89 peratus), Perlis (75 peratus), Johor (70 peratus), Pahang (67 peratus), Sabah (67 peratus), Terengganu (61 peratus), Sarawak (59 peratus), dan Pulau Pinang (59 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 196 pesakit.

Malah, peratusan penggunaan ventilator adalah sebanyak 37 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

“KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes kategori satu hingga lima yang baharu didiagnosa pada setiap hari.

“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

“Semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital,” katanya.

Malah, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori satu dan dua memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Semalam, sebanyak 57 kematian dilaporkan dengan 14 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan angka kematian kini berjumlah 32,591 orang.

Manakala terdapat 30,644 kes baharu, terdiri daripada 30,387 kes tempatan dan 257 kes import.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button