Berita UtamaDunia

27 negara setuju hantar ‘bantuan kemanusiaan’ kepada Ukraine

Lebih banyak bekalan senjata akan dihantar ke Kyiv

LONDON, 24 Rejab 1443H, Sabtu – Kira-kira 27 negara termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah bersetuju menghantar bekalan senjata, perubatan dan bantuan ketenteraan kepada Ukraine bagi membantu pihak tentera berhadapan askar Russia.

Setiausaha Pertahanan UK, Ben Wallace, yang menganjurkan persidangan secara maya untuk mencari sumbangan bantuan ketenteraan menyatakan, sebanyak 27 buah negara telah menyatakan persetujuan untuk memberi ‘bantuan kemanusiaan’ kepada Ukraine.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut menyatakan persetujuan untuk turut terlibat dalam menyalurkan bantuan.

Selain itu, dua buah negara tidak menyertai perbincangan tersebut namun turut bersetuju untuk menyumbang dengan bantuan tersebut.

Bantuan yang diberikan termasuk amunisi, senjata kereta kebal, peralatan serangan udara serta bekalan perubatan.

Terdahulu, Menteri Angkatan Tentera UK, James Heappy turut memaklumkan perkara sama dan lebih banyak bekalan senjata akan dihantar ke Kyiv.

“UK sedang bekerjasama dengan negara terlibat untuk menyelaraskan bagaimana bantuan ketenteraan dapat dihantar dan diserahkan kepada rakyat Ukraine,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button