Berita UtamaDunia

Ukraine dakwa tentera Russia letupkan saluran paip gas di Kharkiv

Tidak jelas letupan ganggu penghantaran gas di luar bandar atau negara

MOSCOW, 25 Rejab 1443H, Ahad – Tentera Russia didakwa meletupkan saluran paip gas asli di bandar Kharkiv, Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan perkhidmatan komunikasi khas dan perlindungan maklumat negara Ukraine pada Ahad.

Letupan itu ditunjukkan dalam video yang disiarkan dalam aplikasi Telegram.

Tidak jelas dengan segera kepentingan saluran paip itu dan sama ada letupan tersebut boleh mengganggu penghantaran gas di luar bandar atau negara.

Meskipun diserang, Ukraine terus menghantar gas asli Russia ke Eropah. – Agensi

Pautan terdahulu;

Russia arah serang Ukraine dari semua arah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button