Berita UtamaDunia

4 rakyat Palestin cedera diserang tentera Zionis di Tebing Barat

Tentera serang pendemonstrasi menentang serangan harian peneroka

NABLUS, 25 Rejab 1443H, Ahad – Seramai empat orang rakyat Palestin cedera selepas tentera rejim Zionis menyekat perhimpunan aman di pintu masuk ke kampung Luban e-Sharkiya, di selatan Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

Menurut Datuk Bandar, Yaaqoub Eweis tentera menyerang puluhan peserta demonstrasi menentang serangan harian peneroka dan askar Israel ke atas pelajar kampung itu serta sekatan yang dikenakan terhadap akses ke sekolah.

Katanya, empat daripada peserta perhimpunan cedera akibat serangan Israel, manakala ramai lagi sesak nafas selepas tentera rejim Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Akses pelajar Palestin ke sekolah di kampung itu menjadi perjalanan harian yang sukar akibat serangan peneroka dan tentera Israel.

Minggu lalu, ratusan pelajar di kampung itu tidak dapat ke sekolah, yang terletak di jalan Nablus-Ramallah selepas sekumpulan peneroka Israel melakukan tarian provokatif di pintu masuk ke kampung berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button