Dunia

AS benarkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Tiada kesan sampingan serius dikesan dalam kajian pada 3,000 kanak-kanak

WASHINGTON, 25 Rejab 1443H, Ahad – Amerika Syarikat (AS) meluluskan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, sekali gus membuka peluang kepada 28 juta golongan muda negara ini untuk mendapatkan imunisasi tidak lama lagi.

Keputusan itu dibuat selepas panel perubatan peringkat tinggi menasihati kerajaan berhubung imunisasi itu, termasuk manfaatnya yang boleh mengatasi risiko kesan sampingan.

AS hanya mengikuti segelintir negara lain termasuk China, Chile, Cuba dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memberikan imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak.

“Sebagai seorang ibu dan doktor, saya tahu bahawa ibu bapa, penjaga, kakitangan sekolah dan kanak-kanak telah menunggu kelulusan ini.

“Vaksinasi COVID-19 terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan membawa kita lebih dekat untuk kembali kepada kehidupan normal,” kata Pemangku Ketua Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan, Janet Woodcock dalam satu kenyataan.

Pemberian vaksin harus bermula dengan komited selepas panel Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengadakan perbincangan cadangan klinikal pada Selasa.

Pfizer dan rakan kongsinya BioNTech mengumumkan minggu ini bahawa kerajaan AS telah membeli 50 juta lagi dos vaksin kerana berfungsi melindungi kanak-kanak, yang mungkin termasuk untuk mereka di bawah usia lima tahun.

Dalam percubaan klinikal yang membabitkan lebih 2,000 peserta mendapati lebih 90 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan bergejala.

Keselamatan vaksin juga telah dikaji kepada lebih 3,000 kanak-kanak dan tiada kesan sampingan yang serius dikesan dalam kajian yang dijalankan.

Dalam kumpulan umur ini, vaksin diberikan untuk dua dos suntikan dengan selang tiga minggu pada kadar 10 mikrogram – iaitu satu pertiga daripada jumlah diberikan kepada kumpulan dewasa.

Jangkitan COVID-19 yang teruk dilaporkan jarang berlaku pada kanak-kanak berbanding golongan dewasa.

Menurut CDC, terdapat 8,300 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital dan 146 kematian membabitkan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sejak permulaan wabak itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button