Berita Utama

PAS ada strategi tersendiri sasar kemenangan pada PRN Johor

'Jentera kita sedang bekerja keras di lapangan'

TAIPING, 25 Rejab 1443H, Ahad – PAS mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden PAS Senator Datuk Idris Ahmad berkata parti itu yakin dapat memenangi semua kerusi itu, berdasarkan strategi berkenaan.

“Pas ada strategi sendiri…Jentera kita sedang bekerja keras di lapangan bagi membolehkan calon-calon PAS yang bertanding, mampu menyumbangkan kemenangan dalam PRN Johor.

“Tidak bolehlah beritahu apa rahsia strategi Pas. Kalau beritahu strategi nanti jadi tragedi,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar di sini hari ini.

Katanya parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada PRN Johor, turut saling bekerjasama dengan baik bagi memastikan kerusi yang ditandingi itu dapat dimenangi, selain PAS mempunyai rahsia strategi gerak kerja yang sendiri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button