Berita Utama

Russia arah serang Ukraine dari semua arah

Tindak balas Moscow terhadap keengganan Kyiv berunding

MOSCOW, 25 Rejab 1443H, Ahad – Kementerian Pertahanan Russia pada Sabtu mengarahkan tenteranya menyerang Ukraine dari semua arah, sebagai tindak balas kepada keengganan Kyiv untuk berunding.

Jurucakap kementerian, Igor Konashenkov berkata, pihaknya mempertingkatkan serangan yang bermula sejak Khamis dan mendakwa enam kapal Ukraine ditenggelamkan berhampiran Pulau Ular di Laut Hitam oleh tentera Russia.

“Pesawat strategik udara tanpa pemandu US RQ-4 Global Hawk dan MQ-9A Ripper berlegar di kawasan provokasi apabila kapal Ukraine menyerang kapal Russia berhampiran Pulau Ular.

“Kami menjangkakan bahawa dron Amerika Syarikat (AS) mengarahkan kapal Ukraine,” katanya.

Sebelum ini, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, pihak Ukraine enggan berunding dan tentera Russia meneruskan kemaraan mereka mengikut pelan operasi.

Konashenkov berkata, penempatan Schastia, Muratovo, Starohnativka, Oktyabrskaya dan Pavlopol terkawal.

“Kita menggesa kepada rakyat Ukraine: permintaan daripada pihak berkuasa jenayah di Kyiv untuk segera mengeluarkan semua senjata berat dari rumah mereka dan kawasan kediaman di bandar-bandar.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa angkatan tentera Russia tidak menyerang mana-mana penempatan di bandar-bandar Ukraine,” dakwanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button