Berita UtamaDunia

UAE tamatkan keperluan pakai pelitup muka di luar rumah

Penjarakan fizikal sektor ekonomi dan pelancongan dibatalkan

DUBAI, 25 Rejab 1443H, Ahad – Emiriah Arab Bersatu (UAE), hab pelancongan dan komersial Timur Tengah, pada hujung minggu menamatkan keperluan pemakaian pelitup muka di luar rumah dan kewajipan kuarantin untuk kes kontak rapat COVID-19.

Dalam panduan terkini yang berkuat kuasa pada Sabtu, Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis dan Bencana Kecemasan Kebangsaan berkata, penumpang yang menerima vaksin lengkap yang tiba di negara itu tidak lagi perlu menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR).

“Bagi sektor ekonomi dan pelancongan, penjarakan fizikal dibatalkan manakala pemakaian pelitup muka di tempat tertutup masih diwajibkan,” katanya.

Ibu kota Abu Dhabi juga menggugurkan syarat kemasukan sempadan untuk keputusan ujian PCR negatif bagi mereka yang tiba dari emiriah UAE yang lain.

Kes coronavirus harian di negara itu dilaporkan menurun kepada kira-kira 600 daripada hampir 3,000 pada Januari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button