Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Zahid Hamidi keluarkan notis tuntutan terhadap Tun M, Muhyiddin

Berhubung tohmahan serta kenyataan yang didakwa berbaur fitnah

JOHOR BAHRU, 25 Rejab 1443H, Ahad – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan notis tuntutan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tohmahan serta kenyataan yang didakwa berbaur fitnah ke atasnya.

Perkara itu dinyatakan dalam dua kenyataan media oleh Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq, yang mewakili Ahmad Zahid.

Dr Mahathir didakwa membuat kenyataan terbabit dalam sesi soal jawab selepas Pelancaran Aspirasi Pejuang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Putrajaya pada 23 Februari lepas manakala Muhyiddin dalam ucapannya di Felda Tenggaroh, Johor pada 16 Feb.

Susulan itu, suatu notis tuntutan dikeluarkan serta diserahkan kepada Dr Mahathir dan Muhyiddin masing-masing pada 25 dan 23 Februari secara kendiri selain Pos Berdaftar.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa jawapan,” menurut firma guaman tersebut dalam kenyataan itu.

Notis itu antaranya menuntut supaya kedua-dua pemimpin menghentikan, memadam dan menurunkan penerbitan kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari.

Selain itu, ia menuntut suatu permohonan maaf secara bertulis dan terbuka diterbitkan kepada Ahmad Zahid serta aku janji tidak akan mengulangi kenyataan sama. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button