Berita UtamaDunia

Tentera Russia tawan sebahagian besar Severodonestsk, timur Ukraine

Penduduk terputus hubungan kerana tiada akses Internet

LUGANSK, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Tentera Russia kini menguasai sebahagian besar wilayah timur Ukraine di Severodonetsk, lokasi pertempuran sengit selama beberapa hari ketika cubaan merampas wilayah.

Gabenor Lugansk, Sergiy Gaiday menerusi video berkata, 90 peratus bandar berkenaan musnah selepas tentera Russia menawan kebanyakan bandar di kawasan berkenaan.

“Walaupun keadaan semakin memuncak, tentera Ukraine kini masih memegang pertahanan sambil menambah tentera tidak berada dalam situasi membahayakan.

Sementara itu, Perkhidmatan Negara untuk Komunikasi Khas dan Perlindungan Maklumat Ukraine melaporkan penutupan semua komunikasi di wilayah Kherson.

Agensi berkenaan dalam kenyataan berkata, pencerobohan telah berlaku dan kesemua peralatan telah dimatikan selain kabel-kabel telah diputuskan.

“Penduduk yang berada di wilayah itu kini tidak boleh berhubung selain akses Internet juga terputus,” kata agensi itu.

Minggu lalu, tentera Russia menguasai Kherson yang merupakan bandar pertama yang dirampas selepas menyerang negara itu beberapa bulan lalu.

Terbaharu, Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan larangan ke atas import Russia selepas perjanjian kompromi dengan Hungary sebagai hukuman kepada Moscow yang menyerang Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button