Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KJ guna loghat ‘Kelate’ ajak penduduk ambil dos penggalak

Hanya 27.7 peratus rakyat Kelantan terima suntikan dos penggalak

BANGI, 26 Rejab 1443H, Isnin – Kebimbangan terhadap sikap tidak cakna rakyat Kelantan dalam pengambilan dos penggalak mendorong Menteri Kesihatan ‘memujuk’ rakyat di sana untuk berbuat demikian, dengan menggunakan loghat Kelantan di laman sosial Twitternya, hari ini.

Ciapan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang ditujukan khusus kepada rakyat Kelantan berikutan ia kini menjadi negeri paling rendah kadar penerimaan dos penggalak iaitu 27.7 peratus daripada populasi dewasa di negeri terbabit.

“Loni Kelate paling rendah skali ambil booster, ambo rusing, ICU sana koho penuh.

“Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin booster.

“@KKM Putrajaya saye ore Kelate. Pakat gi cocok deh,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Khairy berkata, perkara itu sangat merunsingkan pihaknya terutamanya apabila penggunaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri berkenaan semakin penuh dan kritikal.

Menerusi data dalam COVIDNOW, secara keseluruhannya Kelantan telah memberikan sebanyak 2,298,896 dos suntikan vaksin.

Daripada jumlah berkenaan, 1,020,322 sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos dengan 1,005,200 lengkap dua dos vaksin.

Selain itu, hanya 281,219 sudah menerima dos penggalak.

Lebih mengejutkan, Kelantan kini mencatatkan 94 peratus kadar penggunaan di ICU, manakala telah melebihi 100 peratus bagi penggunaan katil bukan ICU.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button