Berita UtamaDunia

Letupan lombong arang batu di Colombia ragut 11 nyawa

4 mangsa masih hilang, dikhuatiri turut jadi korban

BOGOTA, 26 Rejab 1443H, Isnin – Letupan di lombong arang batu di wilayah Boyaca, Colombia mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa.

Agensi Perlombongan Kebangsaan (ANM) pada Ahad berkata, insiden itu berlaku pada malam Sabtu dan dipercayai berpunca daripada pengumpulan gas metana di lombong berkenaan, yang terletak di perbandaran Tasco.

Katanya, kira-kira empat yang lain masih hilang.

Pasukan penyelamat dan bomba bimbang mereka yang masih hilang turut terkorban dalam letupan itu.

Kemalangan dalam sektor perlombongan kerap berlaku kerana sesetengah perusahaan menyalahi undang-undang atau tidak menguatkuasakan langkah keselamatan dengan betul.

Bagaimanapun ANM berkata, lombong di Tasco mempunyai kelulusan untuk beroperasi.

Colombia menyaksikan 128 kemalangan perlombongan pada 2021, yang mengorbankan 148 nyawa.

Menurut ANM, setakat tahun ini 19 kemalangan perlombongan dilaporkan berlaku, dengan 36 kematian direkodkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button