Berita Utama

Luruan monsun melemah, cuaca semakin baik dari 1 hingga 7 Mac

Cuaca sebelah pagi dijangka hujan di satu dua tempat di pantai timur

KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1443H, Isnin – Luruan monsun yang melanda negara telah pun melemah dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik dari 1 hingga 7 Mac ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh ramalan, cuaca pada sebelah pagi dijangka hujan di satu dua tempat sahaja di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah. 

“Pada sebelah petang hingga awal malam, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat dan timur Sabah,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua untuk kawasan perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa hingga 1 Mac ini.

MetMalaysia turut menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button