Pendapat

Adakah Russia akan guna senjata nuklear ke atas Ukraine?

Sekadar ugutan kepada AS, negara Eropah supaya tidak pertahankan Ukraine

WALAUPUN ada ugutan keras berbaur ancaman untuk menggunakan senjata nuklear ke atas Ukraine oleh President Putin, saya secara peribadi merasakan beliau tidak serius ingin melancarkannya.

2. Ia sekadar ugutan kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah supaya tidak mengambil tindakan ketenteraan untuk mempertahankan Ukraine.

3. Hakikatnya Russia boleh menyerap dan telah lama bersedia dengan pelbagai sekatan ekonomi yang telah dikenakan seperti pembekuan aset dan akaun bank di UK dan EU, penolakan perjanjian perniagaan dan juga pembatalan projek jaringan paip gas asli ke Jerman.

4. Namun, sebarang tindas balas ketenteraan dari AS sebagai kuasa ketenteraan terunggul dunia, dengan banyak pangkalan tentera berdekatan Russia adalah amat merisaukan bekas negara Soviet itu.

5. Pertama, jika benar AS bertindak sekalipun, Russia tidak semudah itu boleh menyerang Ukraine menggunakan senjata nuklear kerana ia tertakluk kepada Intermediate-Range Nuclear Forces Treaty (INF) yang ditandatangani bersama AS pada tahun 1987 dan Treaty of the Non-Proliferation of Nuclear Weapon (NPT) yang dimeterai pada tahun 1970 dengan 191 buah negara dunia yang lain.

6. Kedua, jika benar Russia menyerang menggunakan senjata nuklear sekalipun, AS mempunyai sistem satelit bagi mengesan pelancaran roket nuklear dari seluruh dunia dan mampu menangkisnya menggunakan anti-ballistic missile (ABM) miliknya yang merupakan antara yang tercanggih di dunia.

7. Ketiga, jika Russia memulakan serangan nuklear dan AS membalaskan kembali dengan serangan nuklear barulah akan berlaku peperangan mega. Namun ia masih belum boleh dikira perang dunia ketiga (WW3) melainkan negara-negara maju dunia yang lain membentuk pakatan dan menyertainya

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button