Berita UtamaDunia

70 askar Ukraine maut akibat serangan roket Russia

Puluhan orang awam terkorban dibedil roket

KYIV, 27 Rejab 1443H, Selasa – Lebih 70 askar Ukraine maut akibat serangan roket Russia kata pihak berkuasa Ukraine pada Selasa, ketika tentera Russia menghampiri ibu kota Kyiv.

Tentera Russia menyerang di beberapa bahagian dan pegawai Ukraine melaporkan, pengeboman ke atas Kharkiv, bandar kedua terbesar di negara ini telah membunuh puluhan orang awam.

“Serangan roket biadab dan MLRS (sistem pelancar roket berganda) ke atas bandar-bandar aman adalah bukti bahawa mereka tidak lagi mampu melawan Ukraine yang bersenjata,” kata Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov di Facebook.

Kira-kira 70 askar Ukraine terbunuh pada hari Isnin oleh serangan Russia ke atas pangkalan di bandar Okhtyrka, antara Kharkiv dan Kyiv, kata gabenor wilayah itu di Facebook.

Rundingan gencatan senjata antara Russia dan jirannya di selatan yang diadakan pada Isnin gagal mencapai kejayaan dengan perunding tidak menyatakan bila pusingan baharu akan diadakan.

Presiden Russia, Vladimir Putin menghadapi tekanan antarabangsa yang semakin meningkat dan kesan sistemik sekatan Barat menyebabkan kejatuhan hampir 30 dalam ruble pada Isnin sebelum campur tangan bank pusat menyelamatkan mata wang itu daripada paras terendah.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah mengenakan sekatan ke atas bank pusat Russia, perniagaan utamanya, pemimpin dan pegawai – termasuk Putin sendiri – serta menyekat beberapa bank Russia daripada SWIFT, sistem pembayaran yang digunakan untuk kebanyakan transaksi kewangan antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button