Berita Utama

Banjir Kelantan: Mangsa keempat ditemui

Mangsa 26 tahun ditemukan lemas di belakang sebuah kedai

PASIR MAS, 27 Rejab 1443H, Selasa – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dilihat terjatuh di kawasan banjir dua hari lepas ditemukan lemas di belakang sebuah kedai di Kampung Jejuluk dekat Rantau Panjang, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mayat Ahmad Faizal Zulkefli, 26, ditemukan pada jam 3.30 petang, selepas pencarian dilakukan oleh Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta anggota Balai Polis Rantau Panjang.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan penemuan itu sudah dimaklumkan kepada keluarga si mati,” katanya.

Beliau berkata, kejadian terbaharu itu merupakan kes kedua membabitkan kehilangan nyawa akibat bencana banjir di Pasir Mas dan yang keempat bagi negeri Kelantan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button