Berita Utama

Jumlah kes baharu di Sarawak kembali cecah empat digit

Kuching, Miri dan Sibu catat jumlah kes tiga angka

KUCHING, 27 Rejab 1443H, Selasa – Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat mendadak kepada empat digit apabila 1,248 kes dilaporkan hari ini berbanding 442 semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tiga daerah mencatat jumlah kes tiga angka iaitu Kuching dengan 430 diikuti Miri (238) dan Sibu (180).

Menurut kenyataan itu, 11 daerah mencatat antara 10 hingga 82 kes baharu manakala 21 daerah lagi merekodkan antara satu hingga sembilan kes.

Kenyataan itu menyebut angka kes baharu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak sebanyak 261,060.

Daripada jumlah kes baharu itu, 18 dikategorikan di bawah jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan bantuan pernafasan atau ventilator. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button