Berita UtamaDunia

Kanak-kanak Palestin diserang Zionis ketika sambutan Israk Mikraj

Gas pemedih mata dan air diguna bagi suraikan keadaan

BAITULMAQDIS, 27 Rejab 1443H, Selasa – Tentera negara haram Israel bertindak zalim apabila menyerang ribuan penduduk Palestin termasuk remaja perempuan yang menyertai sambutan Israk Mikraj di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Rakaman video menunjukkan rejim Zionis bertindak ganas dengan menendang dan menyerang sekumpulan remaja bawah umur yang berkumpul di Plaza Damsyik ketika mereka cuba menyuraikan sambutan berkenaan.

Manakala, video yang dikeluarkan agensi berita Wafa pula menunjukkan tentera Israel mengetuk kepala seorang remaja sebelum mengheret dan menahannya tanpa sebab.

Dalam kejadian itu, 20 orang ditahan manakala kira-kira 31 yang lain mengalami kecederaan susulan tindakan tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata, semburan air dan bom tangan bagi menyuraikan perhimpunan.

Lebih menyedihkan, kira-kira 40 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kira-kira 90,000 penduduk Palestin dari pelbagai lokasi di Tebing Barat berhimpun di Masjiq al-Aqsa sambil bermunajat sempena sambutan Israk Mikraj.

Sementara itu, anggota pergerakan Fatah, Ahes al-Rishq memberitahu tentera negara haram Israel tidak membenarkan penduduk Palestin meraikan sambutan Israk Mikraj.

Keadaan tersebut menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan Israk Mikraj.

Bagaimanapun, tindakan ganas itu tidak mematahkan semangat penduduk Palestin untuk meraikan sambutan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button