Berita Utama

Tiada lagi perubahan status sebagai kontak kasual di MySejahtera: Khairy

Individu akan terima notifikasi di aplikasi berkenaan

KUALA LUMPUR, 27 Rejab 1443H, Selasa – Tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata, sebaliknya, individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.

“Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya.

Khairy turut memuat naik poster mengenai langkah meningkatkan penilaian kendiri COVID-19 Kementerian Kesihatan: Tingkatkan Penilaian Kendiri COVID-19 merangkumi lima peringkat iaitu 1: Test (Uji), 2: Report (Lapor), 3: Isolate (Asing), 4: Inform (Maklum) dan 5: Seek (Dapatkan rawatan).

Poster berkenaan antaranya menggesa orang ramai mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau Pusat Penilaian COVID-19 sekiranya alami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button