Berita Utama

Lebih 24,000 mangsa banjir di Terengganu, Kelantan masih berlindung di PPS

Sungai Kemaman catat bacaan lebihi paras bahaya

KUALA LUMPUR, 28 Rejab 1443H, Rabu – Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindakan sementara (PPS) berkurang kepada 24,989 setakat 2 petang ini, berbanding 26,447 orang pagi tadi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana alam itu menurun daripada 17,382 membabitkan 4,549 keluarga pagi tadi kepada 16,183 orang daripada 4,223 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan, semua mangsa banjir itu ditempatkan di 77 PPS dengan Kemaman merekodkan jumlah penduduk tertinggi iaitu 8,308, diikuti Hulu Terengganu (3,814), Dungun (2,698), Kuala Negeru (498), Kuala Terengganu (462), Besut (348) dan Setiu (55).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan hanya Sungai Kemaman di daerah Kemaman mencatat bacaan melebihi paras bahaya dengan kebanyakan sungai di Terengganu berada pada paras normal.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 8,806 orang berbanding 9,063 orang pagi tadi dan semuanya ditempatkan di 27 PPS di empat daerah terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.

Portal JPS pula melaporkan semua sungai utama di negeri itu berada pada paras biasa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button