Berita UtamaDunia

Turki gesa Russia-Ukraine hentikan pertempuran

Ankara tidak tentang pembesaran NATO, EU

ANKARA, 28 Rejab 1443H, Rabu – Presiden Turki, Tayyip Erdogan menggesa Ukraine dan Russia segera menghentikan pertempuran dan menggesa mereka menyumbang kepada keamanan dunia.

Erdogan juga berkata, Ankara tidak menentang pembesaran Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Turki yang merupakan Anggota NATO berkongsi sempadan maritim dengan Ukraine dan Russia bahkan mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya.

Di bawah pakatan 1936, Ankara pada Isnin memaklumkan, negara itu menutup selat Laut Hitamnya ketika pencerobohan Russia ke atas Ukraine, mengehadkan laluan beberapa kapal Russia dari Laut Mediterranean.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai permohonan Ukraine untuk menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU) pada sidang akhbar di Ankara, Erdogan berkata, Turki, calon EU selama beberapa dekad akan menyokong sebarang pembesaran NATO dan EU.

Erdogan menggesa blok itu untuk menunjukkan ‘sensitiviti sama’ yang ditunjukkannya untuk tawaran keahlian Kyiv sementara bagi permohonan Turki, beliau menyelar negara anggota kerana ‘tidak ikhlas’.

“Adakah anda akan meletakkan Turki dalam agenda anda apabila seseorang menyerang (kami) juga?,” soalnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button