Berita Utama

PRN Johor: 13 kertas siasatan polis dibuka, 369 permit diluluskan

Parti, penyokong dinasihat ikut semua SOP pencegahan COVID-19

JOHOR BAHRU, 28 Rejab 1443H, Rabu – Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka dan 369 permit telah diluluskan di seluruh Johor, sejak 26 Februari hingga semalam. 

Jurucakap media Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Supt Ibrahim Mat Som berkata, semalam sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor telah meluluskan 81 permit dan membuka empat kertas siasatan.

Katanya, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“PDRM Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan dan tempoh berkempen.

“PDRM Johor juga menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong memastikan kempen yang dijalankan tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong orang ramai dan laluan pengguna jalan raya serta menghormati antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button