Berita Utama

Tambah PPV ‘walk-in’ seiring usaha pergiat PICKids

Kadar liputan dos penggalak capai 62 peratus populasi dewasa: Khairy

BANGI, 28 Rejab 1443H, Rabu – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara datang terus atau ‘walk-in’ akan diperbanyakkan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu seiring usaha mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

“Kita akan memudahkan lagi proses vaksinasi terutama di Sarawak di mana program PICKids yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan 1.

“Saya akan cadangkan supaya PPV Walk-In dibuka di kawasan-kawasan yang sudah tidak ada temu janji atau yang sudah selesai.

“Bolehlah PPV Walk-In dibuka serta memberi perhatian di kawasan ,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Pada masa sama, Khairy berkata, Kementerian kesihatan (KKM) kini sedang giat melaksanakan pelbagai langkah dalam menghadapi cabaran gelombang Omicron ketika ini.

Tegas beliau, ia termasuk mempergiat pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dan sehingga 28 Februari lalu, kadar liputan dos penggalak adalah 62 peratus populasi dewasa.

Selain, menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan, KKM juga turut bekerjasama dengan dengan fasiliti kesihatan swasta dalam pengurusan kes COVID-19, kata Khairy.

“Hospital-hospital swasta telah bekerjasama dalam menyediakan katil bagi merawat kes COVID-19.

“Pengamal-pengamal perubatan swasta juga dilibatkan dalam pemantauan kes-kes positif yang diasingkan di rumah,” katanya.

Jelasnya, antara usaha lain yang dilakukan termasuk membangunkan COVID-19 Clinical Care Pathway bagi tujuan memulakan ubat antiviral terkini yang akan diberikan kepada pesakit COVID-19 berisiko tinggi pada peringkat lebih awal ketika mereka bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk.

Selain itu, National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF 2.0) diaktifkan semula sejak 7 Februari lalu dengan objektif utama penubuhannya adalah untuk memastikan akses ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital terjamin.

“RRTF 2.0 juga akan melakukan pemantauan kes positif COVID-19 melalui Pusat Penilaian COVID-19 secara maya (VCAC),” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button