Pendapat

Berebut kuasa faktor kejatuhan Uthmaniyyah kini berlaku di Malaysia

Masing-masing sibuk penuhkan tembolok, serupa memang serupa

HARI ini menandakan ulang tahun ke-98 umat Islam hilang sebuah institusi yang memegang hegemoni dan kuasa politik dunia secara berpusat, iaitu sistem khalifah di mana ianya diruntuhkan sendiri oleh umat Islam itu sendiri yang dibiayai dan didokong oleh kuasa Barat, elit-elit Y@hudi serta persatuan-persatuan ‘underground’.

Hilangnya institusi tersebut menjadi permulaan kepada siri-siri cengkaman kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya yang semakin kuat terhadap umat Islam di seluruh dunia Islam termasuk di Turki itu sendiri.

Hasilnya juga, Turki yang dahulunya itu pusat pemerintahan, peradaban dan keilmuan Islam menjadi wilayah yang teramat sekular dan liberal sehingga ke hari ini.

Malah, Recep Tayyip Erdogan sendiri menghadapi kesukaran dari pelbagai sudut untuk merealisasikan visinya bagi mengembalikan kegemilangan Uthmaniyyah di zaman moden ini. Lihat juga bagaimana gerakan liberal di sana cukup kuat mencengkam. Sekali jatuh, sangat sukar nak bangkit kembali.

Pastinya, hakikat ini bukan hasil usaha oleh pihak musuh selama setahun dua tetapi sejak sekian lama dan bergenerasi.

Trendnya serupa sahaja di Malaysia; tali barut, brainwash umat Islam, tekanan antarabangsa, gerakan persatuan-persatuan liberal, manipulasi akhbar (media), melemahkan sistem perundangan syariah dan sebagainya.

Kita sudah saksikan bagaimana gerakan melemahkan sistem perundangan syariah sedang berlaku dengan begitu dahsyat di negara kita. Saya percaya, kes-kes yang ada itu hanyalah alat untuk mencapai ‘the bigger picture’ itu. Tidakkah kita sedar?

Ini dilengkapi lagi dengan situasi yang serupa ketika zaman dahulu, iaitu kelonglaian para pemimpin Islam walaupun mereka yang memerintah negara. Lihatlah berapa kerat sahaja yang berani bersuara apatah lagi menggunakan kuasanya.

Faktor kejatuhan Uthmaniyyah yang saya kira serupa dengan apa yang berlaku di Malaysia adalah krisis perebutan kuasa sesama sendiri sehingga alpa akan percaturan musuh. Masing-masing sibuk penuhkan tembolok sendiri. Serupa, memang serupa.

Saya harap coretan saya kali ini dapat memberikan kesedaran atau sekurang-kurangnya membuat kita berfikir sejenak.

Berbeza parti, berbeza persatuan memang tidak boleh dielakkan tetapi ‘common understanding’ sesama umat Islam itu penting supaya kita boleh saling melengkapi dan tidak tempang.

‘Common understanding’ kita yang paling utama adalah mengenai soal AKIDAH. Wajib kita bersama.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
3 Mac 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button