Dunia

Ukraine gesa Russia hentikan perang untuk pindah orang awam

Pelajar asing jadi tebusan pencerobohan bersenjata di Kharkiv, Sumy

KYIV, 29 Rejab 1443H, Khamis – Kementerian Luar Ukraine pada Rabu menuntut Russia segera menghentikan permusuhannya di Kharkiv dan Sumy, serta mengatur pemindahan penduduk awam termasuk pelajar asing ke bandar-bandar yang lebih selamat.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, terdapat pelajar dari India, Pakistan, China dan daerah lain yang tidak boleh keluar akibat tembakan rambang serta serangan ‘biadab’ peluru berpandu Angkatan Tentera Russia ke atas kediaman dan infrastruktur awam.

Kenyataan itu berkata, Ukraine bersedia untuk membantu pelajar asing berpindah dari Kharkiv dan Sumy sekiranya Russia komited untuk melancarkan gencatan senjata.

“Percubaan untuk mengatur pemindahan melalui bandar yang menjadi sasaran pengeboman dan serangan peluru berpandu Russia adalah amat berbahaya,” kata kementerian.

Pada masa sama, kementerian turut menggesa kerajaan India, Pakistan, China dan daerah lain – yang pelajar mereka menjadi tebusan pencerobohan bersenjata Russia di Kharkiv dan Sumy – supaya menuntut Moscow membenarkan pembukaan koridor kemanusiaan untuk bandar-bandar lain di Ukraine.

“Kerajaan Ukraine komited untuk menyediakan pelajar asing semua bantuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka pulang dengan selamat ke negara asal mereka,” katanya. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button