Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Wanita MCA kata mahu bantu Loh Siew Hong

Pendidikan anak-anak Loh akan ditaja TAR UC

KUALA LUMPUR, 29 Rejab 1443H, Khamis – Wanita MCA dilaporkan mahu memberikan bantuan kepada Loh Siew Hong, ibu tunggal yang baru-baru ini mendapat hak penjagaan tiga anaknya, untuk memulakan hidup baharu.

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie berkata, bantuan bukan sahaja terhad kepada kutipan derma tetapi parti itu juga akan menolong Loh membina semula kehidupan melalui program Agenda Emansipasi & Pemerkasaan Wanita (2Es), yang bertujuan membantu wanita yang terselamat daripada penderaan domestik.

Loh juga akan disediakan gerai makan di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) untuk menjalankan perniagaan makanan.

Selain itu, katanya, pendidikan anak-anaknya juga akan diuruskan, dengan TAR UC memberikan mereka biasiswa.

Heng berkata, perkhidmatan psikologi dan kaunseling, penginapan, pinjaman perniagaan faedah rendah di bawah Kojadi dan bantuan lain yang berkaitan dengan perniagaannya, akan disediakan oleh Wanita MCA serta sukarelawan.

“Kami berharap semua ini dapat membantunya untuk terus maju dengan meninggalkan masa lalu yang menyedihkan dan memulakan kehidupan keluarga baharu bersama anak-anak yang baru disatukan,” kata bekas Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di Wisma MCA, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, Wanita MCA juga akan mengadakan kutipan derma bagi mengumpul dana untuk Loh, yang akan bermula hari ini dan berakhir pada 10 Mac.

Sasaran kutipan derma itu ialah RM80,000 iaitu jumlah yang diperlukan untuk menampung keperluan masa depan Loh.

Loh yang turut hadir pada sidang media itu mengucapkan terima kasih kepada semua kerana tampil membantunya di kala sukar.

“(Ia adalah) kerana anda semua, anak-anak saya dan saya adalah keluarga semula,” katanya sambil menangis.

Wanita BERJASA rakam penghargaan jasa Ustazah Nazirah didik anak mualaf

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button