Dunia

30 maut dalam kejadian letupan bom dekat masjid di Pakistan

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu

ISLAMABAD, 1 Syaaban 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah masjid di bandar Peshawar, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Jumaat, kata polis.

Sumber polis di kawasan itu memberitahu Xinhua letupan berlaku ketika solat Jumaat di kawasan Kocha Risaldar di Peshawar, dan menambah kata bahawa jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan penyelamat, polis dan pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button