Berita Utama

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu menurun

Hanya Hulu Terengganu masih terjejas, 11 PPS beroperasi

KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1443H, Jumaat – Jumlah mangsa banjir di dua negeri Pantai Timur menunjukkan trend penurunan apabila 5,831 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 petang ini berbanding 7,561 pagi tadi. 

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus berkurangan apabila 3,879 orang daripada 1,218 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 1 tengah hari, berbanding 4,715 orang daripada 1,506 keluarga pada 8 pagi tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa.

Sementara itu, situasi banjir di TERENGGANU hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 1,952 mangsa daripada 563 keluarga pada 2 petang ini, berbanding 2,846 mangsa daripada 808 keluarga pada 8 pagi tadi.

Hanya daerah Hulu Terengganu masih terjejas banjir dengan 11 PPS masih beroperasi ketika ini.

JPS pula melaporkan tiada lagi sungai di Terengganu yang melepasi paras bahaya setakat ini.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button