Pendapat

Yayasan Ikhlas bantu adik Nabil Najmi bergerak

Pesakit menderita Cerebral Palsy dibantu dengan Special Needs Car Seat

YAYASAN Ikhlas ke Bukit Jalil bagi menziarahi adik Nabil Najmi, 26 tahun yang menderita “Cerebral Palsy” sejak lahir.

Beliau dijaga sepenuh masa oleh ibunya kerana keadaannya yang terlantar serta tidak mampu bergerak seperti rakan seusianya.

Dalam masa yang sama ayah beliau juga menghidap penyakit saraf sejak 15 tahun yang lalu.

Special Needs Car Seat merupakan alat bantuan yang dicadangkan oleh Pakar Rehabilitasi HUKM digunakan untuk memudahkan urusan penjaga menguruskan adik Nabil.

Hal ini kerana membantu pengurusan di rumah dan menaiki kenderaan bagi mengurangkan risiko komplikasi tulang belakang dan memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk membawa adik Nabil bersiar-siar menaiki kenderaan.

Yayasan Ikhlas menyasarkan lebih ramai lagi pesakit yang akan dibantu menerusi program Bantu Pesakit Sihat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Bersama kita menyumbang kepada mereka senasib dengan adik Nabil. Sokongan daripada anda mampu mengukir semula senyuman mereka.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button