Berita UtamaDunia

Russia terus bedil bom walau setuju laksana gencatan senjata

Cetus suasana panik, ketakutan dalam kalangan orang awam

LVIV, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Pemindahan penduduk di pelabuhan Mariupol terpaksa ditangguhkan selepas Russia gagal mematuhi gencatan senjata.

Terdahulu, Russia bersetuju memberi laluan kepada rakyat Ukraine meninggalkan pelabuhan Mariupol di tenggara negara ini dalam tempoh masa lima jam.

Bagaimanapun, pegawai tempatan dalam kenyataan memaklumkan, pertempuran berlaku di wilayah Zaporizhzhia apabila tentera Russia terus membedil bom menyebabkan orang ramai panik dan ketakutan.

Kenyataan itu menambah, pihaknya kini sedang berunding dengan pihak Russia bagi mengesahkan gencatan senjata di sepanjang keseluruhan laluan pemindahan.

Sebelum ini Russia sendiri memaklumkan untuk melakukan gencatan senjata bagi memberi peluang kepada orang awam menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Donestsk, Pavlo Kirilenko mengesahkan, gencatan senjata berlaku jam 9 pagi.

Kerajaan Ukraine memaklumkan rancangannya untuk memindahkan kira-kira 200,000 penduduk dari Mariupol dan 15,000 lagi dari Volnovakha bagi mencari perlindungan.

Manakala, Pasukan Palang Merah menjadi penjamin kepada gencatan senjata berkenaan.

Orang awam akan dipindahkan menggunakan bas dari tiga lokasi termasuk kenderaan persendirian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button