Berita UtamaDunia

4 rakyat Palestin cedera ditembak peneroka haram

Budak lelaki 13 tahun alami kecedaran serius

TEBING BARAT, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Empat orang awam Palestin, termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas ditembak dengan peluru hidup oleh seorang peneroka haram Israel di Jalan Shuhada di pusat bandar Hebron, selatan Tebing Barat yang diduduki.

Saksi memberitahu agensi berita WAFA bahawa seorang peneroka Israel bersenjata melepaskan tembakan ke arah empat rakyat Palestin ketika mereka berada di luar penempatan haram, Bat Romano, yang terletak di tengah-tengah bandar berkenaan

Salah seorang yang cedera, Mohammad Iyad Jaabari, 13, selepas peluru terkena di bahagian perut dan keadaannya disifatkan sebagai serius.

Dua daripada tiga yang lain mengalami kecederaan di bahagian tulang paha, manakala seorang lagi di tangan.

Keganasan dan vandalisme oleh peneroka haram Israel adalah perkara biasa di Tebing Barat yang diduduki bagaimanapun tidak pernah didakwa oleh pihak berkuasa penjajahan.

Serangan oleh peneroka terhadap penduduk Palestin semakin meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, namun agak mengecewakan apabila tentera penjajahan menutup mata terhadap keganasan itu bahkan menyediakan perlindungan kepada mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button