Berita Utama

Banjir Kelantan: 1,879 mangsa masih ditempatkan di 7 PPS

5 PPS di daerah Pasir Mas manakala 2 lagi di daerah Tumpat

KOTA BHARU, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan trend penurunan apabila 1,879 orang daripada 544 keluarga berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 malam, berbanding 2,260 orang daripada 692 keluarga petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terdiri daripada 601 lelaki dewasa, 616 wanita dewasa, 303 kanak-kanak lelaki, 344 kanak-kanak perempuan dan 15 bayi.

Mangsa banjir ditempatkan di lima PPS di daerah Pasir Mas manakala dua lagi di daerah Tumpat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya melaporkan, semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button