Berita Utama

Belum ada keperluan dos keempat: KP Kesihatan

Dos keempat akan dikhususkan kepada golongan rentan

BANGI, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, setakat ini tiada rancangan kepada pengambilan dos keempat.

Katanya, penerima hanya menerima dua vaksin premier dan satu dos penggalak serta tiada lagi vaksin keempat.

“Jika ada dos keempat, ia akan dikhususkan kepada golongan rentan termasuk penyakit kanser atau yang perlu dilindungi,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Beliau dalam masa sama menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan penyakit angin ahmar berpunca daripada vaksin COVID-19.

“COVID-19 boleh menjangkiti paru-paru termasuk saluran darah selain membahayakan jantung.

“Ia juga boleh menjadi penyebab strok jika virus menyerang otak,” katanya.

Tambah beliau, untuk kes angin ahmar sebelum pandemik berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 90 hingga 120 kes sehari dan kes tetap sama walaupun 98 peratus golongan dewasa telah divaksinkan.

Beliau turut mengingatkan vaksin tidak menjadikan seseorang itu kebal daripada penyakit lain dan ujian mengesan penyakit perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia berpunca daripada vaksin atau sebaliknya.

Beliau turut mengambil contoh kes harian tertinggi semalam yang mencecah 33,209 kes baharu.

“Walaupun kes tinggi, kemasukan hospital, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan kematian tidak setinggi Julai dan Ogos tahun lalu.

“Ketika itu sebanyak 24,000 kes dan hospital sesak tetapi kini kes sebanyak 33,000 masih ada menjalankan pembedahan elektif, merawat es COVID dan selain belum menghantar pesakit bukan COVID ke hospital swasta,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button