Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kes harian baharu melonjak kepada 33,209 semalam

Ianya didahului oleh Selangor sebanyak 8,897 kes

KUALA LUMPUR, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Kes harian baharu COVID-19 melonjak kepada sebanyak 33,209 semalam dengan 11 buah negeri mencatat kes empat angka, didahului Selangor sebanyak 8,897 kes.

Ini kali kedua minggu ini, Malaysia mencatat kes melepasi 30 ribu. Pada 3 Mac 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 32,467 kes.

Negeri lain yang mencatat kes empat angka pada 4 Mac 2022 ialah WP Kuala Lumpur (4,105), Kedah (3,060), Pulau Pinang (2,592), Johor (2,359), Sabah (2,131), Negeri Sembilan (1,679), Kelantan (1,572), Perak (1,544), Pahang (1,535) dan Sarawak (1,333).

Kes import terus menunjukkan trend meningkat dengan semalam sebanyak 441 kes dilaporkan berbanding 413 kes pada 3 Mac. Rekod kes import lain sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Feb hingga 4 Mac 2022) ialah 26 Feb (256 kes), 27 Feb (246 kes), 28 Feb (298 kes), 1 Mac (448 kes) dan 2 Mac (428 kes).

Antara 80 peratus hingga 90 peratus daripada kes import ini melibatkan warganegara Malaysia.

Sebanyak 78 lagi kes kematian dilaporkan semalam, meningkatkan kes kumulatif kepada 33,106 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 4 Mac 2022 menunjukkan kes aktif COVID-19 sebanyak 305,010 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 292,696 kes (96.0 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 3,442 kes (1.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 8,524 kes (2.8 peratus) di hospital; 137 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 211 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button