Berita Utama

Negara tanggung hutang besar angkara pemimpin dulu tak amanah: Muhyiddin

PN rancang rangka pelan pembangunan bangunkan Johor

BANGI, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Disebabkan penyelewengan dan rasuah dilakukan pemimpin-pemimpin terdahulu, negara kini terpaksa menanggung beban hutang yang besar.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menjelaskan, beban hutang terus ditanggung sehingga kini dan perkembangan itu menyukarkan Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, semuanya berpunca daripada kepimpinan terdahulu yang tidak amanah dan tiadanya integriti.

“It’s all about leadership’…ini soal nilai-nilai kepimpinan yang mesti ada integriti, saya tak nak sebut pasal masalah kewangan negara lebih-lebih lagi terima legasi hutang daripada kerajaan terdahulu.

“Malu apa bosku, (Malaysia) dikenali dunia sebagai negara korup, harta negara berpuluh bilion ringgit dirompak, sampai hari ini kita warisi isu besar yang belum dapat diselesaikan sehingga kini,” katanya.

Sebelum ini tegas beliau, Malaysia antara negara paling maju di rantau ini mengatasi Vietnam dan Thailand.

Malah, satu ketika dahulu Korea Selatan datang ke Malaysia untuk mencontohi usaha kerajaan dalam menangani kemiskinan tetapi kini negara-negara tersebut lebih maju.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya PN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, gabungan itu merancang untuk merangka satu pelan pembangunan untuk tempoh 10 tahun bagi membangunkan negeri ini.

Tegas beliau, pelan tersebut tidak akan dibuat secara sambil lewa sebaliknya akan melibatkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button