Berita Utama

Russia isytihar gencatan senjata sementara di Ukraine

Bagi mudahkan pemindahan orang awam melalui koridor kemanusiaan

MOSCOW, 2 Syaaban 1443H, Sabtu – Tentera Russia akan melaksanakan gencatan senjata di Ukraine bermula 10 pagi waktu Moscow (0700 GMT) pada Sabtu bagi memudahkan pemindahan orang awam melalui koridor kemanusiaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Seperti yang dipersetujui oleh pihak Ukraine, koridor kemanusiaan akan membenarkan orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha di selatan Ukraine, kata kementerian itu, tanpa mendedahkan tempoh gencatan senjata akan berkuatkusa.

Semasa rundingan damai pusingan kedua pada Khamis, perunding Russia dan Ukraine bersetuju mengenai penubuhan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam berpindah dan melaksankan gencatan senjata sementara di sepanjang laluan pemindahan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button