Berita UtamaPendapat

Bagaimana Zionisme didukung seluruh Yahudi?

Zionisme adalah kesepaduan idea antara Yahudi, Eropah

1. ANTARA cabaran membuat sesuatu gerakan impak besar dalam sejarah adalah bagaimana menerapkan idea itu pada kelompok ramai bawahan supaya ia didokong. Jadi bagaimanakah ia berlaku pada Zionisme yang kita lihat hari ini didokong oleh hampir keseluruhan Yahudi?

2. Zionisme bukanlah sebuah gerakan ideologi politik yang sekadar bermula pada tahun 1896 oleh Theodor Herzl, tetapi ia adalah buah idea yang sudah ditanam benihnya ratusan tahun sebelum itu lagi. Antara gerakan penting yang menjadi benih pada ideologi ini adalah gerakan ‘Haskalah’.

3. Haskalah istilah Hebrew bermaksud ‘englightenment’. Ia adalah sebuah gerakan ‘intelektual’ abad 18 yang mempunyai kesinambungan dengan reformation, renaissance yang sedang atau sebelum itu telah berlaku pada Kristian Eropah. Mudahnya gerakan ini adalah penerapan fahaman liberal sekular ke dalam agama Yahudi. Ia membawa kepada rekonstruksi kembali segala kepercayaan lama yang dipegang bangsa Yahudi.

4. Antara tokoh utama gerakan Haskalah (disebut maskilim) ini adalah Moses Mendelssohn yang merupakan ahli falsafah Yahudi. Beliau telah menghasilkan suatu ruang di dalam penulisan Tanakh, kitab suci Yahudi yang dipanggil biur.

Ruang tersebut adalah bentuk tafsiran terhadap Tanakh yang cuba diulas di dalam kerangka sekular liberal yang menjadi asas kepada gerakan Haskalah.

5. Reform seperti ini bukanlah baru dalam agama Yahudi. Inilah yang al-Quran sering gambarkan sebagai penyelewengan ‘inhiraf’ kebenaran yang telah sebati dengan sikap mereka. Penyelewengan itu bukan berlaku sekali tetapi ia proses rekonstruksi berulang kali yang dilakukan berdasarkan selera hawa nafsu mereka. Talmud Babylon, Hellenistic Judaism, Kabbalah dan pelbagai lagi adalah contoh reform seperti ini.

6. Walaupun ada yang berpandangan Haskalah ini membawa kepada lahirnya ‘emancipation’ iaitu asimilisasi Yahudi dengan Eropah yang seolah-olah bertentangan dengan Zionisme, tetapi hakikatnya kedua-duanya adalah buah yang lahir daripada benih reform yang sama iaitu pensekularan agama Yahudi.

7. Daripada Haskalah ini lahirlah satu kelompok Yahudi yang dipanggil sebagai ‘secular jews’ atau ‘modern judaism’. Mereka ini adalah kelompok yang tidak kuat berpegang pada agama Yahudi sehingga tidak mampu bercakap Hebrew, tetapi kuat menggunakan hujah agama untuk menarik ramai kepada agenda mereka.

Dari sini lahirnya individu yang mempunyai karakter yang sama seperti Nathan Birnbaum, Theodor Herzl, Leo Pinsker, Ahad Ha’am dan ramai lagi yang membentuk Zionisme.

8. Sebab itu jika dilihat Zionisme ini adalah kesepaduan idea antara kepercayaan Yahudi dan bentuk kolonisasi Eropah.

Ia menggunakan kepercayaan mengenai ‘tanah dijanjikan’, ‘bangsa terpilih’ yang dipegang oleh agama Yahudi dengan bentuk penjajahan ‘settler colonialism’ ‘massacre’ ‘apartheid’ dan lain-lain yang boleh kita lihat dilakukan oleh penjajah British, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah umumnya.

9. Maka Zionimse dalam konflik Palestin-Israel ini perlu dilihat dalam kerangka lebih besar iaitu sebahagian daripada program Tamadun Barat. Ia bukanlah sekadar kisah sebuah bangsa mencari tanah untuk mereka, tetapi ia adalah projek mengeksploitasi manusia, melakukan penjarahan dan juga pembunuhan besar-besaran yang memang selama ini menjadi intipati ketamadunan taghut.

Zionisme mempunyai bentuk yang sama seperti Perang Salib adab 11 yg menggunakan hujah Kristian.

10. Ia menjawab mengapa sampai hari ini selepas lebih 100 tahun konflik ini tidak dapat diselesaikan. Barat tidak pernah dan tidak mahu menyelesaikan konflik ini kerana ia adalah sebahagian daripada program tamadun mereka.

Ini juga menjelaskan mengapa zionisme ini mendapat dokongan penuh mereka sepenuhnya walaupun luarannya berbeza ideologi dan agama.

11. Pada sudut lain, kita juga perlu sedar untuk membangun kembali peradaban kita perlu bermula dengan melakukan tajdid falsafah peradaban kita.

Cuma bezanya jika reform Haskalah Yahudi dalam kerangka kesesatan di atas kesesatan, tajdid kita adalah dalam kerangka kembali memahami Islam sebagai sebuah risalah peradaban seperti yang difahami oleh seluruh Nabi dan Rasul, Baginda SAW serta generasi teradahulu.

Daripada asas yang kukuh itulah kita akan membangunkan tiang-tiang yang menjadi paksi kekuatan peradaban di masa hadapan kelak.

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button