Berita UtamaDunia

Polis Israel bunuh rakyat Palestin cuba serang guna pisau

Lelaki 19 tahun meninggal dunia selepas ditembak

BAITULMAQDIS, 3 Syaaban 1443H, Ahad – Polis negara pengganas Israel membunuh seorang rakyat Palestin yang cuba melakukan serangan menggunakan pisau di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 4.30 pagi itu, penyerang didakwa mendekati dua anggota polis yang ditempatkan di Pintu Bab Huta di Kota Lama Baitulmaqdis.

Lelaki berusia 19 tahun itu didakwa mengeluarkan pisau dan menikam salah seorang daripada anggota polis berkenaan.

Beberapa anggota polis kemudiannya melepaskan tembakan ke arah warga Palestin berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian tidak lama selepas itu.

Menurut polis, kedua-dua anggotanya yang dibawa ke hospital hanya mengalami kecederaan ringan hingga sederhana. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button