Berita UtamaDunia

Sydney sedia hadapi hujan berterusan

Pusingan hujan lebat tingkatkan risiko banjir

SYDNEY, 3 Syaaban 1443H, Ahad – Bandar paling ramai penduduk di Australia – Sydney – bersiap sedia berdepan lebih banyak hujan hari ini selepas dilanda hujan lebat sepanjang minggu lalu.

Biro Meteorologi (BoM) New South Wales (NSW) berkata, sistem cuaca baharu boleh membawa satu lagi pusingan hujan lebat yang meningkatkan risiko banjir.

“Tumpuan bagi hujan lebat, dan sungai yang paling berisiko adalah sungai yang meluas dari Sydney ke Sungai Hunter dan Manning, di mana banjir sederhana hingga besar mungkin berlaku,” kata pemerhati banjir BoM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, seramai 17 orang terkorban sejak banjir bermula, termasuk seorang wanita dari Queensland.

Menurut polis, mayat wanita itu ditemui pada Sabtu lepas.

Di Brisbane – ibu kota Queensland – dan kawasan sekitarnya, pembersihan diteruskan pada hujung minggu selepas hujan lebat selama berhari-hari yang menenggelamkan beberapa ribu harta benda. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button